Karate yakin raih enam emas


ACARA karate banyak menyumbangkan pingat emas buat negara pada setiap temasya Sukan SEA sebelum ini. - Gambar hiasan


JAKARTA - Skuad karate tidak pernah menghampakan kontinjen Malaysia setiap kali beraksi pada temasya Sukan SEA.

Bagi temasya Sukan SEA 2011 yang membuka tirainya secara rasmi semalam, skuad karate yang diketuai jurulatih P. Arivalagan sekali lagi menjadi taruhan terbaik kontin- jen Malaysia untuk membawa pulang sebe- rapa banyak pingat emas.

Biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran empat pingat emas untuk dibawa pulang ke Malaysia, Arivalagan tetap optimis betapa anak-anak buahnya memiliki keupayaan merangkul enam emas.

Dengan menyandarkan harapan kepada barisan atlet berpengalaman, Arivalagan percaya skuad karate negara mampu meng- ulangi pencapaian cemerlang mereka pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Sebagai rekod, skuad karate negara berjaya menghadiahkan lima kilauan emas pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientian- ne, Laos.

"Pertama sekali, saya bangga dan gembira kerana skuad karate sekali lagi menda- pat kepercayaan daripada MSN untuk menjadi antara penyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia.

"Walaupun MSN meletakkan sasaran empat emas tetapi secara peribadi, sebagai ju- rulatih, saya percaya kita mampu menyumbang sekurang-kurangnya enam pingat emas di Indonesia.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada anak- anak buah saya. Cuma saya berharap mereka mempraktikkan apa yang telah diberi ketika latihan," jelas Arivalagan kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, melihatkan jadual pertan- dingan yang telah diatur pihak penganjur, beliau percaya atlet wanita negara, Jamal- liah Jamaludin yang beraksi dalam kategori Kumite lebih 68 kilogram (kg), mampu muncul sebagai penyumbang emas pertama Malaysia pada Sukan SEA kali ini.

"Melihatkan jadual pertandingan yang saya dapat dua minggu lalu, saya yakin Ja- malliah mampu memberikan pingat emas pertama buat Malaysia.

"Apa yang saya lihat, dia akan mengha- dapi laluan yang agak mudah tetapi pada masa yang sama, saya harap dia tidak me- lakukan sebarang kesilapan sehingga menjejaskan peluang meraih emas.

"Jika dia mengikut setiap arahan yang di- berikan, tidak mustahil pingat emas akan berada dalam genggamannya," tambahnya.

Selain Jamalliah, prospek emas turut disandarkan kepada dua lagi atlet wanita negara, G. Yugneswary (kumite 50kg) dan G. Yamini (kumite 61kg) yang tampil pada temasya kali ini sebagai penyandang juara.

"Selain mereka, saya percaya kita masih mampu meraih emas dalam beberapa kate- gori lain termasuk kata individu atau berpasukan.

"Apa yang penting, setiap atlet karate yang bertanding nanti, dapat memberikan komitmen seratus peratus ketika berada di gelanggang pertandingan," jelas Arivalagan.