KL anjur konvensyen media sosial

23/11/2011 5:37pm

KUALA LUMPUR Asia Pacific Diligence Sdn Bhd akan mengadakan Konvensyen Perangkaian Media Sosial 2011 pada 9 Disember di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konvensyen ini ditujukan kepada ahli perniagaan e-perniagaan, profesional komunikasi media sosial dan orang awam yang berminat untuk mengetahui bagaimana media sosial dijalankan.

Syarikat dalam satu kenyataan hari ini berkata yang konvensyen itu akan menyaksikan dua acara utama.

Satu ialah pameran yang mempromosikan peluang perangkaian dan padanan perniagaan sementara yang satu lagi ialah persidangan meliputi topik-topik daripada pemasaran dan penjenamaan mengenai media sosial terhadap trend-trend media sosial terbaru.

Pameran itu melibatkan rangkaian penyertaan tempatan dan asing termasuk CyberSecurity Malaysia, Groupon, Express Rail Link dan Chartis Malaysia Insurance.

Sementara itu, antara 12 penceramah di persidangan itu, ialah Pagemodo pengasas bersama Jakob Lykkegaard Pedersen dan Timothy Tiah dari Nuffnang. - Bernama