Super Junior menang album terbaik Korea


KUMPULAN Super Junior bergambar selepas menang Album Terbaik pada Anugerah Muzik MNET Asia di Singapura.


SINGAPURA - Bintang-bintang pop Korea (K-Pop) mengagumkan penonton Singapura pada Anugerah Muzik Asia MNET yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura kelmarin.

Anugerah itu anjuran saluran televisyen kabel MNET dengan para pemenang dipilih berdasarkan undi peminat dari seluruh dunia dan keputusan panel juri.

Kumpulan Girls Generation memenangi Anugerah Kumpulan Wanita Terbaik dan Artis Terbaik 2011 manakala kumpulan Super Junior meraih Anugerah Album Terbaik 2011 menerusi album mereka, Mr. Simple.

Anugerah Lagu Terbaik 2011 pula menjadi milik I Am the Best nyanyian kumpulan 2NE1. - Agensi