Monorel Melaka dihenti lagi


Petugas pelancong menaiki Monorel Melaka masih belum tercapai gara-gara masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Operasi Monorel Melaka yang diberhentikan buat kali kedua bermula pada 30 November lalu dilakukan demi keselamatan para penumpang termasuk pelancong asing.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, pemberhentian itu berpunca daripada kerosakan teknikal pada sistem pengendalian automatik untuk menggerakkan monorel yang boleh membahayakan nyawa penumpang.

Selain itu, beberapa kriteria juga masih belum dipenuhi oleh pihak pengendalinya, Syarikat Melaka Taming Sari terhadap ciri-ciri keselamatan monorel tersebut seperti yang telah ditetapkan.

“Melaka Taming Sari masih belum dapat meletakkan cat termoplastik pada permukaan landasan bagi mengatasi masalah wheel slip,” ujarnya pada satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.