Majlis makan malam unit grafik Kosmo!


OMAR (lima dari kanan) bergambar bersama artis grafik Kosmo! pada majlis makan malam di K-Club, Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 25 artis grafik Kosmo! menghadiri majlis makan malam di K-Club, Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penolong Ketua Unit Rekabentuk (Kosmo!), Omar Aziz berkata, majlis itu kali pertama dianjurkan dan ia akan dijadikan acara tahunan selepas ini.

Katanya, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama artis grafik yang sedia terjalin dan bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan lagi prestasi kerja.

Bagi memeriahkan lagi majlis, turut diadakan adalah pertandingan karaoke dan cabutan nombor bertuah.