Rebat yuran hanya untuk pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR - Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics hanya memberi rebat yuran pengajian sebanyak 30 peratus kepada para pelajar yang memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.

Ketua Jabatan Kewangan kolej tersebut, Mohd. Zaki Nik Nordin berkata, keutamaan ialah kepada pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 3.0 ke atas.

Menurutnya, ia tanda penghargaan kolej terhadap pencapaian akademik pelajar dan menggalakkan lebih ramai memperoleh pencapaian terbaik.

"Mereka (pelajar) telah diberitahu mengenai perkara ini dan mereka juga ada menandatangani akujanji dengan pihak kolej," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.