Polis masih buru kekasih Rozana




SHAH ALAM – Polis merakam keterangan empat orang yang terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak (gambar) yang mati dengan 15 kesan tikaman di sebuah rumah kedai di Desa Kepong di sini pada 21 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, melalui keterangan keempat-empat individu itu, polis menyiasat motif pembunuhan mangsa sama ada disebabkan cemburu atau lain-lain.

“Kita belum kenal pasti motif pembunuhan mangsa tetapi menolak mangsa dibunuh selepas dirogol.

“Laporan bedah siasat menemui 36 kesan kecederaan termasuk luka-luka di seluruh tubuh mangsa,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis kini mengesan seorang lelaki disyaki teman lelaki Rozana bagi membantu siasatan kes tersebut.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dicari selepas polis menemui satu dokumen di dalam rumah mangsa.

Difahamkan polis telah merampas sebuah motosikal yang dipercayai milik teman lelaki Rozana, 35.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.