Penkek bluberi




HUJUNG minggu adalah masa bersama keluarga. Sekali-sekala saya gemar menyediakan sarapan yang mudah dan menarik perhatian ahli keluarga walaupun pada asalnya ia adalah satu hidangan biasa.

Lempeng atau lebih popularnya penkek merupakan satu hidangan yang sesuai untuk sarapan.

Ia tidak terlalu berat dan anda boleh menambah keseronokan pagi anda dengan menikmatinya dengan pelbagai makanan berkhasiat lain seperti buah-buahan seperti epal, pisang, strawberi, madu, sirap maple, coklat dan lain-lain.

Resipi ini amat mudah untuk diingati dan jika anda seorang yang gemar mencuba, boleh gunakan kreativiti dengan mencampurkan cebisan buah-buahan atau perasa kepada adunan ini.

Adunan tahan antara satu hingga dua hari jika disimpan dalam peti sejuk sekiranya ada lebihan.