Perisian lukisan teknika TiffinCAD diperkenal


SHAHRUL NIZAR (kiri) dan Pengarah Innovacia, Zuraini Jamari menunjukkan perisian terbaharu ciptaan tempatan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Malaysia kini boleh berbangga dengan ciptaan perisian lukisan teknikal, TiffinCAD yang dihasilkan pertama kali oleh syarikat tempatan, Innovacia Sdn. Bhd. (Innovacia).

Pengarah Innovacia, Shahrul Nizar Shaari berkata, TiffinCAD akan dijadikan sebagai produk alternatif yang memiliki lebih banyak fungsi dan mampu milik sekiranya dibandingkan dengan perisian import yang selama ini menguasai pasaran tempatan.

Katanya, selain mempunyai fungsi dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, TiffinCAD turut menggunakan standard kejuruteraan tempatan, contohnya saiz dan komponen standard bangunan yang dikeluarkan SIRIM.

“Dianggarkan negara kita mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM100 juta setahun untuk membeli perisian dari luar negara.

“Kini sudah tiba masanya kita mempunyai perisian Reka bentuk Bantuan Komputer atau Computer Aided Design (CAD) sendiri,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.