Sekadar tangga keempat


BERPECAH... Khim Wah (kanan) dan V Shem tidak beraksi bersama ketika menentang Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat semalam.


MACAU – Malaysia menamatkan cabaran pada kempen kelayakan kejoha- nan badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia di tempat keempat selepas tewas 2-3 kepada Indonesia semalam.

Bagaimanapun, keputusan itu sudah tidak penting buat skuad negara yang terlebih dahulu berjaya mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China pada Mei depan sebaik melangkah ke peringkat sepa- ruh akhir kelmarin.

“Menang atau kalah tidak penting. Yang paling penting adalah skuad negara telah layak ke pusingan akhir Piala Thomas.

“Biarpun tidak menurunkan barisan terkuat tetapi pemain-pemain muda yang diturunkan telah mempamerkan prestasi yang baik dan itu adalah suatu perkara yang positif,” kata ketua jurulatih perseorangan negara, Ra- shid Sidek.

Pada aksi semalam, Liew Daren menyumbangkan mata pertama buat skuad negara dalam acara perseorangan selepas lawannya, Simon Santoso menarik diri pada set pertama ekoran masalah kecederaan.

Gandingan beregu pertama negara, Goh V Shem-Hoon Thien How memberi mata kedua selepas kejayaan menewaskan Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 21-14, 21-18.

Bagaimanapun, Mohamad Arif Latif yang turun selaku perseorangan gagal meneruskan rentak kecemerlangan tersebut apabila kecundang di tangan Tom- my Sugiarto 15-21, 7- 21.

Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila pasangan beregu berpengalaman mereka, Markis Kido-Hendra Setiawan mencatatkan kemenangan ke atas pasangan negara, Lim Khim Wah-Teo Kok Siang 21-16, 21-13.

Tumpuan pada pertemuan dengan Indonesia semalam ternyata terarah kepada aksi pemain beregu utama, Koo Kien Keat yang diletakkan seba- gai perseorangan ketiga.

Namun, mata kemenangan yang diharapkan daripada Kien Keat gagal dijelmakan apabila dia tewas 8-21, 9-21 kepada Dionysius Hayom Rumbaka.

“Acara perseorangan memang bukan untuk saya. Lagipun, saya sudah lama tidak beraksi dalam acara perse- orangan sejak Kejohanan Remaja Asia 2002.

“Mudah buat pemain perseorangan untuk beraksi dalam acara beregu tetapi sukar buat pemain beregu hendak beraksi dalam acara perseorangan kerana setiap gerak-geri ketika perlawanan adalah berbeza,” kata Ki- en Keat.