Suami wanita kes khalwat tampil beri keterangan


SUAMI wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr. Badrulamin keluar dari pejabat JAIP di Kuantan lewat petang semalam.


KUANTAN - Suami wanita berumur 28 tahun yang didakwa ditangkap khalwat (gambar) bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu tampil memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini semalam.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dengan ditemani ibu bapanya, bapa saudara serta anak lelakinya yang berumur tiga tahun.

Lelaki tersebut bagaimanapun enggan ditemui pemberita selepas didapati meninggalkan bangunan JAIP melalui pintu pagar belakang pada kira-kira pukul 7 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.