'Mercedes, Red Bull pencabar kami'


KRU McLaren menolak jentera pasukan itu pada sesi kelayakan GP
Malaysia di Litar Sepang semalam.


KETUA pasukan McLaren, Martin Whitmarsh tetap menganggap Mercedes GP dan Red Bull Racing sebagai pencabar utama pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix (GP) Malaysia petang ini.

Whitmarsh menyuarakan kebimbangan itu meskipun McLaren sekali lagi mendominasi sesi kela- yakan, sekali gus merampas dua petak hadapan semalam.

Lewis Hamilton berjaya mencatat masa terpantas untuk meng- atasi rakan sepasukannya, Jenson Button dan pemandu Mercedes, Michael Schumacher serta Mark Webber daripada Red Bull.

Schumacher dan Button hanya ketinggalan 0.2 saat di belakang Hamilton, manakala Webber berada di tempat keempat selepas ke- tinggalan 0.4 saat.

Bagaimanapun, Whitmarsh menegaskan bahawa bukan Mercedes sahaja yang bakal menjadi pencabar utama kepada McLaren, malah turut mengakui juara dunia kategori pengeluar jentera 2011, Red Bull masih belum lagi menun- jukkan taring sebenar mereka.

"Saya rasa Mercedes berada dalam keadaan terbaik. Saya juga merasakan kita masih belum melihat tahap sebenar Red Bull. Jadi, seperti biasa kami meramalkan yang mereka akan terus memberi saingan kepada kami musim ini," kata Whitmarsh semalam.

"Begitupun, kami tidak begitu berpuas hati dengan prestasi di sesi latihan semalam (kelmarin) dan kelayakan masa tadi (semalam). Secara keseluruhannya, prestasi kami tidak banyak berbeza dengan perlumbaan di Melbourne.

"Tetapi kami masih lagi kompe- titif. Jentera kami memberi respons yang baik kepada setiap perubahan dan ia juga boleh dijangka," katanya lagi.

Whitmarsh juga memberitahu bahawa Litar Sepang sebenarnya lebih mencabar dari segi suasana persekitaran, cuaca dan suhu berbanding GP Australia di Litar Albert Park minggu lepas.