Kotex tampil dengan Memberku Hawa

BARISAN para pelakon yang menjayakan drama Memberku Hawa.


KOTEX yang merupakan salah satu daripada jenama produk berkaitan wanita kini berusaha merapatkan label itu dengan golongan wanita muda.

Untuk tujuan itu, sebuah drama bersiri menarik dan menyentuh perasaan berjudul Memberku Hawa telah diperkenalkan.

Siri drama tersebut mula ditayangkan setiap Ahad di TV3 sejak 15 April lalu denganw aktu siaran bermula pukul 10.30 malam.

Menampilkan lakonan Faezah Elai sebagai Hawa dan Nad Zainal sebagai Kay, drama mingguan yang diterbitkan oleh Lina Tan daripada Red Communications Sdn. Bhd. itu mendapat sentuhan pengarah Bernard Chauly.

Siri drama Memberku Hawa bakal membawa para penonton menyelami sebuah perjalanan yang mengusik jiwa lagi ekspresif melalui kehidupan dua protagonis dan berlatarbelakangkan gaya hidup masa kini yang pesat serta serba kompetitif.

Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Kimberly-Clark Malaysia, Edlyn Khoo memberitahu, Memberku Hawa menghidupkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita muda Malaysia melalui jalan cerita yang menyeronok dan menghiburkan.

"Faezah dan Nad mewakili golongan wanita hari ini yang memburu impian dengan penuh keyakinan sambil mengekalkan daya feminin mereka.

"Kotex, sebuah jenama yang arif tentang kaum wanita, memahami perkara ini dan kami berharap siri drama ini juga akan memperkasa kaum wanita untuk memulakan perjalanan ke arah gaya feminin yang berani," katanya.

Selepas melancarkan tuala wanita Kotex ProActive Guards yang membantu menyelesaikan masalah kebocoran, Kotex kini meneruskan usahanya untuk memperkasa kaum wanita setiap hari.

"Perjalanan dua watak utama dalam drama bersiri itu Kay dan Hawa pastinya satu perjalanan yang bukan sahaja dihayati semua malah turut memberi inspirasi kepada jutaan penonton," ujar Edlyn.

Sebahagian daripada kempen End of Compromise (Berakhirnya Kompromi) Kotex, Memberku Hawa menggambarkan jalan cerita yang akan membawa para penonton menyelusuri sebuah perjalanan yang menghiburkan lagi menyentuh perasaan.

Selain Faezah Elai dan Nad Zainal, pelakon lain yang menjayakan siri drama Memberku Hawa ialah Sharnaaz Ahmad, Dazrin Kamarudin, Cristina Suzanne, Hanis Zalikha dan Josiah Hogan.

Bagi mereka yang mahu mengikuti perkembangan drama bersiri itu, sila layari www.kotex.com.my.

Peraduan menarik juga akan diadakan yang menawarkan pelbagai hadiah mingguan manakala pemenang utama akan membawa pulang hadiah perdana, sebuah iPhone 4S!