Ilham rasa Pesta Aiskrim Malaysia




“AISKRIM, aiskrim. Mari-mari dapatkan aiskrim Malaysia percuma!” Demikian laungan riuh mengisi ruang legar pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya pagi Ahad, Mei lalu.

Laungan mengajak orang ramai mendapatkan aiskrim percuma ternyata berjaya menarik perhatian kebanyakan pengunjung yang lalu-lalang di situ.

Selain datang mencuba tawaran aiskrim percuma itu, tidak kurang pula khalayak yang berhenti berhampiran pentas mini Colgate untuk mendengar celoteh deejay Muzaffar Shah Ahmad yang tidak putus-putus mempromosikan aiskrim Malaysia.

Pasti ramai kanak-kanak hari ini yang tidak mengenali aiskrim Malaysia, namun bagi golongan dewasa, aiskrim Malaysia berjaya membangkitkan momen indah pada zaman kanak-kanak yang telah lama mereka tinggalkan.

Walaupun lazimnya aiskrim dikaitkan dengan kanak-kanak, tetapi apa yang dapat dilihat pada hari tersebut, ramai pengunjung dewasa berusia lebih 30 tahun turut sama-sama menikmati aiskrim kegemaran mereka.

Selain mendapatkan aiskrim percuma, aktiviti kuiz turut diadakan. Ramai kanak-kanak berebut-rebut mengangkat tangan untuk menyertai kuiz santai. Mereka diuji untuk mengeja perkataan-perkataan berkaitan pelancaran produk terbaharu Colgate iaitu Colgate Sensitive Pro-Relief Enamel Repair.

Produk tersebut telah dibuktikan secara klinikal dapat memberikan kelegaan bagi gigi sensitif.

Pelbagai aktiviti diadakan di ruang legar pusat beli-belah tersebut. Selain penerangan kakitangan bertugas tentang penjagaan gigi yang baik, terdapat juga sudut permainan interaktif yang mengajak pengunjung membuang plak pada paparan gigi pada skrin komputer.

Dalam pada itu pengunjung juga dikehendaki mengundi perisa aiskrim kegemaran masing-masing sama ada perisa asam boi, sirap bandung, kacang merah, oren atau jagung.

“Kebanyakan rakyat Malaysia membesar dengan menikmati pelbagai makanan tempatan yang pedas, asam laksa dan aiskrim Malaysia.


PERMAINAN interaktif membersihkan plak turut disediakan di pekarangan pusat beli-belah 1Utama untuk pengunjung.


“Namun begitu, apabila semakin meningkat dewasa, seseorang itu kerap mengelakkan diri menikmatinya akibat mengalami gigi sensitif apabila mengambil makanan panas, sejuk, masam dan manis yang terdapat dalam masakan Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran Colgate - Palmolive Marketing Sdn. Bhd., Chris Pikounis.

Tambahnya, perkara tersebut telah memberikan pihaknya inspirasi di sebalik penganjuran Pesta Aiskrim Malaysia. Pada masa yang sama, pihaknya ingin menunjukkan kepada orang ramai akan fungsi Colgate Sensitive Pro-Relief Enamel Repair dalam memberikan mereka peluang menikmati makanan kegemaran mereka semula.

“Teknologi yang dipatenkan ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan dan memberikan kelegaan daripada gigi sensitif walaupun menikmati aiskrim Malaysia,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga dijemput menyahut cabaran Colgate’s Instant Relief.

Mereka diberikan air sejuk untuk mengesan kawasan gigi sensitif dan kemudian menyapukan bahagian sensitif tersebut dengan produk baharu Colgate selama seminit sebelum mengambil minuman sejuk tersebut.

“Kali terakhir saya menikmati aiskrim Malaysia adalah ketika berusia 18 tahun.


PASANGAN Dr. Yahya Sukirman dan isterinya, Roziah Abdul Kadir, 52, teruja menikmati aiskrim Malaysia yang popular pada zaman kanak-kanak mereka.


“Aiskrim ini mengimbau semula memori zaman kanak-kanak saya kerana ia mampu menyejukkan kerongkong dan menghilangkan dahaga,” kata Aslinda Tahir, 42, yang merupakan pengguna setia Colgate.

Sementara itu, Mazwir Anwar, 60, yang sebelum ini mengalami masalah gusi ngilu setiap kali mengambil minuman sejuk, memberitahu bahawa rasa ngilu tersebut hilang sebaik sahaja menyapu produk berkenaan.

Gigi sensitif merupakan masalah yang dialami 57 peratus orang di seluruh dunia. Air sejuk, air panas atau pencuci mulut yang manis boleh menyebabkan rasa kurang selesa tersebut.

Colgate Sensitive Pro-Relief Enamel Repair yang boleh digunakan seperti ubat gigi biasa, berkesan membina lapisan reparatif di enamel yang bertindak menutup dan membantu membaiki gigi sensitif untuk perlindungan yang berkekalan terhadap sensitiviti.

Produk baharu itu boleh didapati di kedai-kedai runcit dan farmasi pada harga RM12.90.