Ramadan: Forum perdana diraja di Istana Negara

18/07/2012 8:45pm

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Hamimah dijadual berangkat menyaksikan Forum Perdana Diraja sempena ketibaan bulan Ramadan yang bertajuk ”Marhaban Ya Ramadan” di Istana Negara malam esok.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan di sini berkata, forum itu adalah anjuran Istana Negara, Jakim dan Naza Corporation.

Tiga anggota panel yang akan membicarakan topik itu ialah pendakwah bebas, Dr Zulkifli Al-Bakri; Badlishah Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang; dan Dr Sharifah Hayati dari Universiti Malaya, manakala Zakaria Othman dari Jakim bertindak sebagai moderator.

Forum Perdana itu akan disiar secara langsung menerusi TV1 bermula 9 malam dan orang ramai diharap dapat menghayatinya. – BERNAMA