Ronaldo lebih bagus daripada Messi - Bolt

LONDON - Manusia terpantas dunia, Usain Bolt menyifatkan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (gambar) sebagai pemain terbaik dunia mengatasi pemain Barcelona, Lionel Messi.

Bolt yang sebelum ini menyata- kan minat untuk menyertai Manchester United berkata, Messi yang memenangi gelaran pemain terbaik Ballon d'Or pada 2009 dan 2011, tidak sebagus pemain termahal dunia, Ronaldo.

"Tidak perlu disangkal bahawa Ronaldo adalah lebih baik berban- ding Messi. Dia merupakan pemain yang serba lengkap," ujar Bolt kepada rangkaian televisyen Portugalo, RTP.

"(Kalau boleh) saya mahu menyerahkan (Ballon d'Or) kepada Ronaldo. Dia sentiasa mengekalkan kejayaan di puncak karier dan ia satu perkara sukar."

Atlet dari Jamaica itu yang juga peminat setia United, mengharapkan skuad kendalian Alex Fergu- son itu akan berusaha merebut semula kejuaraan Liga Perdana England daripada Manchester City musim ini.

Bolt yang mengakui barisan serangan United memiliki kelemahan berkata: "Kamu melihat pemain seperti Nani dan Ashley Young yang pantas dan memiliki kemahiran tetapi mereka harus beraksi seperti Ronaldo lakukan dahulu di United.

"Selepas saya mengajar Ronaldo pada 2009, dia berjaya meledak 40 gol pada musim ini dan saya berpendapat dia tidak akan menjaringkan gol-gol tersebut tanpa tunjuk ajar saya.

"United memiliki ramai pemain yang memiliki kepantasan dan jika mereka berjaya menguasai teknik larian dengan betul adalah menjadi perkara mustahil untuk mene- waskan United," ujar jaguh pecut Olimpik itu. - Agensi