Pertemuan Najib, Putin buahkan hasil


NAJIB bersalaman dengan Putin semasa mengadakan pertemuan sempena Sidang Kemuncak APEC di Universiti Persekutuan Timur Jauh, Pulau Russky, Rusia semalam.


VLADIVOSTOK - Malaysia menyatakan keinginannya untuk menjalin dagangan dan peluang perniagaan melangkaui tahap yang kini terhad dengan Rusia dan mahu bekerjasama dalam bidang baharu lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di luar jadual Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec (AELM) 2012 di sini berkata, pada pertemuan itu, mereka telah berbincang mengenai cara kedua-dua negara boleh bekerjasama secara membina.

Bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat itu di Pulau Russky di sini, Najib berkata, Malaysia mengakui kekuatan Rusia dalam industri ketenteraan dan aeroangkasa serta bantuan yang telah diberikan kepada Malaysia dalam bidang itu dan mahu mengembangkannya lebih jauh lagi.

Sebagai contoh, dalam bidang pelancongan, 40,000 rakyat Rusia melawat Malaysia setahun berbanding 800,000 pelancong Rusia melawat Thailand dan tiga juta ke Turki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.