Polis tangkap pencuri Porsche

GAMBAR fail menunjukkan Zainuddin mengedarkan gambar Mohd. Azri yang dicari bagi membantu siasatan.


KUALA LUMPUR Kecekapan polis menyiasat kes kecurian sebuah kereta sport Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari sebuah pusat pameran kereta Porsche di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin terbukti apabila suspek yang disyaki terlibat dapat diberkas kurang dari tempoh 24 jam.

Suspek berusia 31 tahun yang merupakan bekas tahanan Pusat Tahanan Simpang Renggam itu ditahan oleh polis Klang pada pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran. Suspek kemudian diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, kereta mewah berwarna emas bernilai RM900,000 itu masih belum ditemui dipercayai telah diserahkan kepada pihak tertentu.

Difahamkan, sebaik dapat melarikan kereta itu pada pukul 9 pagi, seorang rakan suspek yang memandu sebuah kereta lain telah mengekorinya hingga ke satu kawasan berdekatan Hotel Flamingo, Ampang Jaya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.