Warga emas mati terkejut selepas lihat puting beliung

ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga emas menemui ajal dipercayai akibat terkejut selepas melihat puting beliung di rumahnya di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Hasan Olok, 70, meninggal dunia dalam keadaan terbaring sejurus melihat angin puting beliung dari arah laut yang turut menerbangkan zink 33 buah rumah di kampung itu.

Menurut anak mangsa, Mohd. Azri, 26, beberapa minit sebelum kejadian, bapanya yang mahu mengambil angin telah pergi ke pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

"Selepas dia keluar, saya terdengar bunyi angin kuat lalu panggil ayah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, saya sempat lihat angin seperti puting beliung sedang bergerak laju menuju ke pantai dari arah tengah laut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.