Parlimen mana bakal juara?


PASUKAN Parlimen Puchong menjadi juara kategori lelaki pada edisi pertama Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia awal tahun ini.


KEJOHANAN Futsal Perlimen 1Malaysia Kebangsaan 2012 kembali.

Ia akan berlangsung di Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18, Putrajaya pada 16 hingga 18 November ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan sekali lagi menjadi medan pertarungan buat pasukan-pasukan futsal dari seluruh kawasan Parlimen di negara ini untuk mempamerkan bakat masing-masing.

Selain acara futsal, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan beberapa acara sampingan yang menarik.

Antaranya pertandingan mewarna, pertunjukan kereta cantik, pertandingan kereta kawalan jauh, cabutan nombor bertuah serta persembahan daripada artis-artis tempatan.

Pada edisi pertama, kejohanan tersebut berjaya menghimpunkan sebanyak 444 pasukan lelaki dan wanita yang mewakili 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Seramai 4,440 pemain yang mewakili pasukan masing-masing termasuk dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berentap dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Pada edisi pertama sebelum ini Parlimen Puchong gah muncul sebagai juara selepas menewaskan Parlimen Seremban 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagi kategori wanita pula, Parlimen Kuala Kedah mempamerkan aksi bertenaga untuk menang bergaya dengan menewaskan pasukan Parlimen Parit Sulong 3-0.

Lebih manis lagi, pemain kedua-dua pasukan, Mohd. Fauzi Abdul Hamid, 30, dan Noorhartini Jasni, 30, ditabalkan sebagai pemenang anugerah Bola Emas ekoran mempamerkan aksi hebat sepanjang kejohanan berlangsung.

Mereka masing-masingnya menerima hadiah wang tunai, RM200 dan trofi penghargaan.

Seperti mana edisi terdahulu, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000