Chaturvedi amal cara hidup Gandhi


CHATURVEDI keluar dari rumahnya di pinggir New Delhi pada 23 Oktober lalu. - REUTERS


NEW DELHI Seorang lelaki, Mahesh Chaturvedi mengamalkan cara hidup tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan perpaduan penduduk India, Mahatma Gandhi di sini.

Chaturvedi yang berusia 63 tahun memakai pakaian berwarna putih seperti yang dipakai Gandhi.

Beliau juga memasak makanan dan berjalan dengan menggunakan tongkat.

Lelaki tersebut turut mencukur rambutnya dan memakai cermin mata supaya mukanya kelihatan mirip Gandhi.

Menurutnya, jiwa Gandhi tersemat di dalam dirinya.

Chaturvedi menyatakan, beliau akan meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh tokoh yang dihormati oleh penduduk India itu.

Beliau melakukan transformasi dalam kehidupannya dengan mengamalkan cara hidup Gandhi sejak tahun 2002.

Lelaki itu turut muncul dalam tunjuk perasaan yang diadakan di ibu kota India ini.

Gandhi meninggal dunia pada 28 Januari 1948 semasa berusia 78 tahun selepas ditembak oleh seorang nasionalis Hindu, Nathuram Godse. Agensi