Persatuan radio amatur sertai program perkhemahan


SEBAHAGIAN ahli PRADKT bergambar di pantai Teluk Mahkota, Kota Tinggi baru-baru ini,


BERKHEMAH. Lebih 150 ahli Persatuan Radio Amatur Gemilang Kota Tinggi (PRADKT) menyertai perkhemahan selama dua hari di Pantai Telok Mahkota, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Menurut Yang Di Pertuanya, Afindy Shamsudin, aktiviti yang julung-julung kali diadakan itu antara lain bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota persatuan.

Sepanjang perkhemahan, para peserta didedahkan dengan teori dan latihan praktikal penggunaan radio amatur dan turut diperkenalkan dengan sistem fonetik, tanda panggilan, perkakasan radio amatur dan etika penggunaan radio amatur.

Ujar Afindy, kemahiran itu penting bagi memudahkan ahli persatuan berkomunikasi menerusi radio amatur sebagai alat komunikasi alternatif yang berkesan.