39 waris pahlawan Murut lawat Muzium Sabah


SEBAHAGIAN daripada waris Datuk Seri Antanom selepas mengadakan lawatan ke Muzium Sabah baru-baru ini.


SERAH. Seramai 39 waris pahlawan Murut, Datuk Seri Antanom mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Lawatan tersebut bagi menyerahkan dokumentasi mengenai susur galur waris pahlawan Antanom kepada pihak pengurusan muzium yang diterima Timbalan Pengarah Muzium Sabah, Sintiong Geletoleh untuk tujuan kajian.

Menurut Pengerusi Kesatuan Tujuh Jurusan Keluarga Besar Pahlawan Antanom, Welley @ Sinawat Antaka berkata, Antanom merupakan pelopor utama kepada pemberontakan kaum Murut terhadap pemerintahan British semasa pemberontakan Rundum 1915.

"Kesemua waris hanya dapat dipertemukan semula melalui program jejak kasih yang diadakan di Kampung Salarom Baru, Nabawan pada 12 Mac lalu," katanya baru-baru ini.