Dr. Hasan diturun pangkat ke gred lebih rendah

KUALA LUMPUR Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memutuskan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang digantung tugas ekoran kes khalwat baru-baru ini kini tidak lagi memangku jawatan Ketua Pengarah Kesihatan.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II selebihnya telah diturunkan pangkat ke satu gred lebih rendah daripada jawatan sedia ada.

Kosmo! difahamkan, Kementerian Kesihatan akan menentukan jawatan baharu Hasan tidak lama lagi tetapi dia tidak akan memegang mana-mana jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.