7,000 sukarelawan 1M4U bantu mangsa banjir


ENGKU MOHD. AZMI (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada seorang mangsa banjir di Kampung Galing, Kuantan semalam.


KUANTAN – Kira-kira 7,000 sukarelawan belia dari seluruh negara bersedia menghulurkan bantuan selepas bencana kepada mangsa-mangsa banjir.

Pengarah Cawangan Perhubungan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Engku Mohd. Azmi Engku Mohd. Basri berkata, para sukarelawan akan menghulurkan bantuan apabila paras air banjir surut.

“Tidak seperti pasukan penyelamat, para sukarelawan ini memberi bantuan kepada mangsa bencana apabila bencana berakhir,” katanya pada program Misi Pasca Banjir di Kampung Galing di sini semalam.

Ia melibatkan 70 sukarelawan dari sekitar daerah itu selepas banjir di kawasan tersebut surut.

Pada program tersebut, para sukarelawan membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan kawasan kampung serta menghulurkan bantuan barang keperluan.

Engku Mohd. Azmi yang juga Penyelaras Sukarelawan 1M4U KBS menambah, program sukarelawan itu diadakan selaras perubahan sikap sebilangan besar golongan belia di negara ini yang semakin berminat dalam kerja amal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.