Program joging galak belia hidup sihat


SEBAHAGIAN daripada belia yang menyertai program Joging Santai di hadapan Memorial Kemerdekaan di Bandar Hilir baru-baru ini.


SIHAT. Selain ke pusat kecergasan, joging merupakan salah satu senaman yang paling mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Baru-baru ini, kira-kira 300 orang belia menyertai program Joging Santai anjuran Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka sekitar Banda Hilir.

Ketua Instruktor Kecergasan Persatuan Joging Melaka, Abdul Aziz Ahmad berkata, program yang turut disertai oleh pelajar-pelajar sains sukan itu merupakan acara mingguan di negeri itu sejak 13 tahun lalu bagi mengisi masa lapang golongan belia yang cintakan kesihatan.

"Seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar sains sukan, orang awam dan badan bukan kerajaan memeriahkan acara joging sejauh 3.5 kilometer," katanya.

Kata Abdul Aziz, laluan joging bermula di Memorial Kemerdekaan merentasi sekitar Banda Hilir seterusnya ke Taman Melaka Raya sebelum kembali ke tapak memorial itu.