Dalmatian mahu tukar nama


KUMPULAN Dalmatian kini dikenali sebagai DMTN.


MENJELANG kemunculan semula kumpulan terkenal Dalmatian, mereka sudah memutuskan untuk menggantikan nama dan ingin dikenali sebagai DMTN selepas ini.

Seperti yang dipetik daripada laman web soompi.com, biarpun nama baharu yang dipilih seakan-akan sama dengan nama asal, tetapi ia merupakan singkatan kepada perkataan Desire, Motivation, Timing dan Now.

"Kami ingin tampilkan sesuatu yang berbeza dengan imej yang lebih dewasa. Memang tidak banyak kumpulan yang akan menukar nama, namun keputusan ini dibuat secara bersama," ujar salah seorang ahli kumpulan iaitu Daniel yang turut mencadangkan nama tersebut.

Pada tahun lalu, kumpulan tersebut sudah mengalami banyak perubahan termasuk pertukaran ahli dan agensi yang menguruskan mereka. Kini segala pergerakan karier mereka diuruskan oleh Two Walks Entertainment.