100 pelajar miskin di Kedah terima zakat PTPTN


ISMAIL (barisan belakang, empat dari kanan) bersama sebahagian daripada pelajar yang menerima kad SSPN-i di Alor Setar baru-baru ini.


ZAKAT. Seramai 100 pelajar miskin di Kedah menerima zakat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam bentuk simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) baru-baru ini.

Bantuan zakat tersebut disampaikan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said sempena majlis perasmian Pejabat PTPTN Negeri Kedah di Alor Setar.

Ismail berkata, bantuan tersebut diharapkan dapat meringankan beban keluarga tersebut sekiranya anak mereka selepas ini berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.