Lamborghini Aventador diuji di landasan terbang


SEBUAH kereta Lamborghini Aventador dipandu di sebuah landasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Florida kelmarin.


MIAMI, Florida - Sebanyak 12 buah kereta sport Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster dipandu laju di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di sini kelmarin.

Beberapa pegawai lapangan terbang itu menyatakan, kereta tersebut mencatatkan kelajuan 330 kilometer sejam semasa dipandu di landasan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann turut memandu salah sebuah kereta itu.

Pertunjukan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat kereta tersebut. - Agensi