Gadis korban cemburu buta


ANGGOTA polis berkawal di rumah Ching Chin yang mati selepas ditikam kekasihnya di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM Perasaan cemburu buta seorang ahli perniagaan yang meluap-luap tiba ke kemuncaknya apabila dia bertindak kejam membunuh kekasihnya sebelum dia menikam perut sendiri dalam kejadian di Taman Hwa Seng dekat Alma di sini semalam.

Kejadian pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika Tan Ching Chin, 24, sedang mandi di rumah keluarganya sebelum suspek berusia 31 tahun tersebut menceroboh bilik air berkenaan lalu menikam bertubi-tubi perut kekasihnya menggunakan pisau sampai wanita itu mati.

Difahamkan, pasangan tersebut telah menjalin hubungan sejak enam bulan lalu. Cinta pandang pertama itu bermula selepas suspek menemui mangsa ketika menghantar bekalan bahan binaan kepada syarikat milik abang wanita tersebut.

Suspek yang berasal dari Perak dikatakan bertandang ke rumah keluarga kekasihnya sejak Ahad lalu bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Sebaik melihat kekasihnya terbaring dalam keadaan berlumuran darah, dia bertindak menikam perutnya sendiri menggunakan pisau yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.