RM28 juta bantu pekebun kecil


NAJIB bersalaman dengan hadirin yang terdiri daripada petani,
peladang, penternak dan nelayan pada majlis perasmian Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan RM28 juta sebagai sumbangan sekali bayar kepada para pekebun kecil dan kumpulan kor tani di seluruh negara.

Sumbangan tersebut merupakan bantuan bagi memenuhi permintaan golongan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada kelompok peladang dan penternak yang sebelum ini tidak mendapat sebarang bantuan untuk bergerak dalam sektor itu.

Peruntukan itu turut dijadikan suntikan kepada golongan petani pelapis yang dikenali sebagai kumpulan kor tani berusia 16 hingga 40 tahun.

Bagi pekebun kecil, bantuan itu akan disalur menerusi 208 Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negara.

Bantuan akan berdasarkan keperluan seorang pekebun kecil yang disyaratkan hanya memiliki kebun tidak kurang daripada dua hektar.

Pengumuman peruntukan itu merupakan respons segera Perdana Menteri bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan yang tercicir dalam sektor pertanian berbanding petani dan nelayan yang sebelum ini pernah menerima imbuhan daripada kerajaan.

Beliau mengumumkan berita gembira itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.