Irfan mahu kes pergaduhan selesai cara baik

27/03/2013 6:13pm

PENGANDALI Selangor, Irfan Bakti Abu Salim mahu isu pergaduhan antara pemainnya dan Angkatan Tentera Ma laysia pada aksi pusingan pertama Piala FA, 26 Januari lalu diselesaikan secara baik.

Beliau yang dipanggil memberi keterangan oleh Jawa tankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya hari ini memberitahu, masih belum ada ke putusan sama ada pemainnya akan dihukum badan induk itu atau tidak.

“Hanya nama Afiq Azmi disebut dalam mesyuarat itu, sementara seorang lagi pemain (Abdul Shukur Jusoh) tidak disebut.

“Bagi saya, Afiq hanya meraikan kemenangan kami dan ia bukan satu kesalahan.

“Apapun, saya harap perkara ini diselesaikan secara baik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ketika ditanya pembantu jurulatih Selangor, P. Maniam bakal dipanggil bagi membantu siasatan kerana dikatakan paling hampir dengan insiden tersebut, Irfan menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk sebarang tindakan lanjut.

Dalam perlawanan itu, Gergasi Merah menang 3-2 me nerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pa sukan terikat 2-2 sebaik masa sebenar perlawanan tamat. - KOSMO!