Datu Piah jeneral di Semporna


SEORANG anggota polis meninjau kawasan paya tempat Amirbahar ditangkap di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna semalam.


SEMPORNA - Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Menurut satu sumber, sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur strategi serangan mereka secara terancang.

"Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.

Baki 28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Difahamkan, jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di perkampungan atas air di negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.