Geng kongsi gelap cedera ditembak rakan

28/03/2013 10:05pm

SABAK BERNAM – Akibat perselisihan faham mengenai kegiatan dadah, seorang lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap cedera ditembak rakan sendiri di sebuah rumah di Taman Perpaduan di sini pukul 7.30 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 33 tahun cedera di leher selepas terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang anggota polis di Hospital Sabak Bernam mengenai seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital itu kerana mengalami kecederaan di kaki akibat ditembak pada pukul 9 malam kelmarin.

“Motif kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham berhubung penglibatan mereka berdua dalam kegiatan dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO!