Nasib orang muda terumbang-ambing jika pembangkang berkuasa - MB

30/03/2013 11:53am

LEDANG - Generasi muda bakal mewarisi negeri ini dalam keadaan masa depan yang suram, gelap dan tidak menentu sekiranya mandat kali ini diberi kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ketidakcekapan pembangkang dalam urus tadbir akan membuatkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara terjejas dan secara langsung memberi kesan buruk terhadap peluang dan pasaran kerja.

Abdul Ghani berkata demikian ketika berucap pada Majlis Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati di sini malam tadi. -

KOSMO!