Lelaki maut ditembak di simpang empat

12/04/2013 3:23pm

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas ditembak dua lelaki bersenjatakan pistol ketika sedang berhenti di simpang empat berhampiran Taman AST, di sini hari ini, kata jurucakap polis.

Dalam kejadian kira-kira pkl 1.55 petang itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Accord berhenti di simpang berkenaan ketika lampu merah.

Tidak lama kemudiaan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal berhenti di sebelah kenderaan mangsa dan terus melepaskan beberapa das tembakan. - KOSMO!