Herman Tino bertanding Bebas di Parlimen Tanjong Karang

20/04/2013 10:40am

TANJONG KARANG - Kerusi Parlimen Tanjong Karang menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar ditentang calon Pas, Mohamad Rashdi Deraman dan calon Bebas, penyanyi Herman Tino pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Ketiga-tiga calon itu menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon, Dewan Dato Hormat di sini pagi tadi.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, yang merupakan anak jati Tanjong Karang dilihat hanya hadir bersama seorang pencadang dan penyokong.

Beliau popular dengan lagu antaranya seperti Berkorban Apa Saja, Yale Yale dan Makan Sirih. - Kosmo!