Mourinho anggap musim ini rekod paling buruk dalam karier

18/05/2013 9:24pm

MADRID - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan musim ini merupakan rekod paling buruk dalam sejarah sebagai pengendali selepas gagal menjulang se barang piala.

Mourinho berkata demikian selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-2 kepada Atletico Madrid pada aksi Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Ini kerana Real telah menyerahkan kejuaraan Liga Sepanyol kepada Barcelona dan disingkirkan oleh Borrusia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara pada aksi separuh akhir.

Impian untuk mengutip sekurang-kurang satu trofi turut musnah apabila tewas kepada Atletico pada aksi Piala Raja Sepanyol sekali gus menyaksikan Real menutup musim ini tanpa sebarang kejuaraan.

"Karier dibina dalam tempoh yang lama, bukan untuk satu tahun. Saya tidak pasti mana-mana pemain Realyang me nikmati musim cemerlang dengan memenangi kejuaraan penting pada musim ini.

"Ini merupakan musim paling teruk dalam karier saya apabila gagal membantu Real untuk menjulang sekurang-kurang satu trofi," katanya. - AFP