Mukhriz arah aktiviti balak dihenti


MUKHRIZ bersalaman dengan orang ramai pada majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di seluruh negeri itu dihentikan sementara untuk semakan pematuhan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh konsesi berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti pembalakan oleh konsesi terlibat yang melanggar syarat ditetapkan menerusi bukti kukuh.

"Saya menerima laporan daripada penduduk di kawasan berdekatan aktiviti pembalakan yang mengadu bekalan dan kualiti air terjejas.

"Dalam keadaan ini, saya syorkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara dan perkara ini akan dimaklumkan kepada syarikat konsesi dalam tempoh terdekat," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.