'Malaysia bukan bapa Anwar punya'

Ahmad Zahid ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya.

Dalam nada marah, Ahmad Zahid menegaskan bahawa negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang membidas artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu yang bertajuk Perhimpunan Haram Sebab Tak Terima Hakikat Gagal Kuasai Putrajaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.