Hukum pesalah rogol bawah umur


ROHANI


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesyorkan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Syariah mempertimbangkan supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap suspek lelaki kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan bawah umur di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan bagi kesalahan persetubuhan haram mengikut Seksyen 80 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995.

“Sesungguhnya, undang-undang negara menetapkan bahawa hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaan dikategorikan kes rogol bawah umur.

“Perkara ini termaktub di bawah perenggan 375(g) Kanun Keseksaan yang dipinda melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 (1/8)Akta A 1273(3/8) yang dikuatkuasakan pada 7 Sept 2007 melalui P.U.(B) 321/2007,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.