Sumbangan peralatan untuk pelajar tahfiz


ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar selepas menyampaikan peralatan asas di Maahad Tahfiz al-Quran Wa-Ulumuddin di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.


SUMBANGAN. Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah menyampaikan sumbangan peralatan asas kepada Maahad Tahfiz al-Quran Wa-Ulumuddin di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.

Peralatan yang disumbangkan ialah 50 buah katil dua tingkat, 100 tilam dan 50 buah almari yang keseluruhannya bernilai RM43,100.

Selain itu, sebanyak 25 orang pelajar lelaki yang berada di maahad itu juga mendapat peralatan asas yang sama.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua maahad berkenaan, Jemari Ngaris.