Tunku Abdul Aziz diugut bunuh

Tunku Abdul Aziz (dua dari kanan) bersalam dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2008. Turut kelihatan ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) dan Pengerusi DAP, Karpal Singh (duduk).


PETALING JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa beliau menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon kelmarin dan percaya ancaman tersebut mempunyai kaitan dengan politik.

Beliau yang lantang mengkritik dan mendedahkan pelbagai maklumat sulit DAP sejak meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu menerima ugutan tersebut di rumahnya pada pukul 10.10 malam kelmarin.

Jelasnya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali menerusi telefon bimbit. Orang itu berkata ‘I will kill you’ (Saya akan bunuh awak) sebelum memutuskan talian.

Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau tidak mahu menuduh sesiapa tetapi percaya ugutan bunuh itu ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik DAP khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.