KPTM Bangi juara Sukan Kolej Poly-Tech Mara 2013


SOHAIMI (belakang, tengah) bergambar bersama kontinjen KPTM Kampus Bangi yang menjuarai kejohanan Suptem 2013 di Kota Bharu baru-baru ini.


JUARA. Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi dinobatkan juara keseluruhan kejohanan dwitahunan Sukan Kolej Poly-Tech Mara (Suptem) 2013 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

KPTM Kampus Bangi mengetepikan cabaran tujuh kampus KPTM cawangan lain dari seluruh negara dengan menggondol tujuh pingat emas dan tiga gangsa.

Naib juara milik KPTM Kuala Lumpur yang meraih lima emas, sembilan perak dan enam gangsa diikuti tuan rumah, KPTM Kota Bharu (empat emas, lima perak dan dua gangsa).

Seramai 600 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

Majlis penutup kejohanan disempurnakan Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan.