Boon Siew lancar Honda CBR600RR baharu

24/06/2013 8:53pm

KUALA LUMPUR - Boon Siew Honda melancarkan Honda CBR600RR series baharu yang terdiri daripada CBR600RR dan CBR600RR C-ABS.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, pelancaran dua model itu mencerminkan usaha berterusan syarikat untuk memperkenalkan keseronokan baharu bagi pengguna di pasaran tempatan.

Bagi CBR600RR, tumpuan diberikan kepada casis, dengan matlamat menyediakan motosikal yang menawarkan kawalan dan pengendalian yang jauh mengatasi kelasnya, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, CBR600RR C-ABS baharu direka bentuk untuk menambah baik prestasi litar lumba, digabungkan dengan keupayaan yang mampu menangani jalan berliku atau jalan di bandar.

Model CBR600RR C-ABS dan CBR600RR didatangkan dengan warna merah, putih, biru, hitam grafik dan repsol.

Harga bagi CBR600RR ialah RM80,588 manakala CBR600RR C-ABS berharga RM94,388.

Kedua-dua series itu mempunyai Jaminan Pembuatan dua tahun atau 20,000 kilometer. - Bernama