Isu keselamatan dunia siber jadi tumpuan DSA tahun depan

25/06/2013 9:18pm

KUALA LUMPUR - Isu keselamatan dunia siber bakal menjadi tumpuan perbincangan pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia ke-14 (DSA14) yang akan diadakan di sini selama empat hari mulai 14 April tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara ini boleh menjadi mangsa serangan siber sekiranya rakyat termasuk pihak berkuasa keselamatan masih memandang ringan tentang ancamannya sekarang.

Beliau berkata, biarpun ancaman yang dihadapi Malaysia ketika ini masih belum

lagi mencapai tahap kritikal namun rakyat perlu belajar daripada situasi yang

telah berlaku di negara-negara lain yang pernah dilanda serangan siber.

"Amerika Syarikat contohnya pernah mengalami maklumat negara bocor dan

kemudian dirasai pula di Moscow (Rusia) dan Equador.

"Justeru itu, ancaman-ancaman ini perlu diambil kira kerana melibatkan maklumat rahsia kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program DSA-14 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini. - Bernama