Aktivis wanita ‘terkam’ kereta Perdana Menteri Tunisia


DUA orang aktivis pertubuhan hak wanita, Femen melompat ke atas kereta yang membawa Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh di Brussels, Belgium semalam.- REUTERS


BRUSSELS - Beberapa orang aktivis pertubuhan feminis Femen membantah penahanan rakan mereka di Tunisia dengan melompat ke atas kereta Perdana Menteri baharu negara berkenaan, Ali Larayedh semasa lawatan beliau ke ibu negara Belgium di sini semalam.

Sebelum ini, tiga aktivis Femen dipenjarakan kerana melakukan kelucahan di tempat awam di Tunisia.

Protes di sini berlaku sehari sebelum mahkamah mendengar rayuan tiga aktivis tersebut di Tunisia.

Bantahan itu menyaksikan tiga wanita yang mendedahkan payudara mereka melompat ke atas kereta BMW yang dinaiki oleh Laarayedh semasa dalam perjalanan untuk menemui Presiden Kesatuan Eropah, Herman Van Rompuy.

Mereka kemudian ditahan oleh beberapa pengawal keselamatan bagi membolehkan konvoi yang membawa Larayedh meneruskan perjalanan.

Pertubuhan tersebut berjuang bagi menentang dominasi lelaki, pemerintahan diktator dan eksploitasi wanita. - dpa