329 anggota Pandu Puteri berkhemah di Sungai Lembing

TENGKU PUAN PAHANG (tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ahli Pandu Puteri Tunas pada perkhemahan di Sungai Lembing, Kuantan baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 329 pelajar dan 56 guru menyertai program Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Negeri Pahang 2013 di Sungai Lembing, Kuantan baru-baru ini.

Program selama dua hari itu dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Tengku Puan Pahang juga meluangkan masa bersama para peserta melawat terowong Sungai Lembing yang terletak berhampiran tapak perkhemahan itu.

Ia merupakan lombong timah yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia yang produktif sekitar tahun 40-an dan 50-an.