Aplikasi myKPDNKK mudahkan pengguna semak harga barangan

26/06/2013 8:50pm

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan aplikasi 'myKPDNKK', bagi

membolehkan pengguna menyemak harga semasa barangan harian menerusi telefon pintar.

Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, aplikasi itu membolehkan pengguna

memperoleh maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selesa.

Aplikasi percuma yang boleh dimuat turun melalui 'Google Play' dan 'App

Store' itu juga katanya turut menyediakan kemudahan semakan status aduan,

pertanyaan dan pemfailan tuntutan tribunal pengguna.

"Semakan status syarikat francais serta maklumat pelaksanaan standard ke

atas mainan kanak-kanak, tayar dan topi keledar juga boleh dibuat menerusi

aplikasi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran aplikasi itu di sini hari ini. - Bernama