Ahli konvoi dapat tunjuk ajar PDRM

ZAINI (depan, tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Khairul Anwar sambil diperhatikan ahli-ahli KKBUM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TAMAT LATIHAN. Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) mendapat pendedahan awal mengenai teknik berkonvoi menerusi program konvoi jarak dekat dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Sepanjang konvoi itu, peserta mendapat tunjuk ajar daripada pegawai Unit Latihan Bahagian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Latihan tersebut diadakan sebagai persediaan awal bagi menjayakan konvoi Kembara Queen Street (KQS) sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (M) Berhad.

Turut hadir Penasihat KQS, Datuk Zaini Hassan dan wakil PDRM, Inspektor Khairul Anwar Alwi.

Konvoi KQS akan menjelajah Johor Bahru, Singapura, Melaka, Negeri Sembilan bermula 6 Julai ini dan kembali ke Kuala Lumpur pada 8 Julai.